My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes

Sunday, January 5, 2014

PETUA TANGANI STRESS,MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA

Petua Tangani Stress dan Tekanan Tanpa Ubat Dadah


Saya mcm teruja sikit nk bercerita psl stress ni.Nampaknya ramai je yg stress sekarang ni..hehe..pasai ape ek???petrol naik?tol naik?gula naik?Tarif letrik naik?GST?Alaaahai..korng jgn stress2 tau..kang x psl2 lama2 boleh jd sakit kepala dan migrain..tak mustahil kan?






Sebelum tu saya nk kongsi satu statement dari sorng Prof ni..bukan saya yg cakap tau..tp Prof tu sendri yang bgtau..


“One in four individuals suffer from a Diagnosable mental disorder once in their life “( Prof Azhar Md Zain, Malaysian Psychioatric Association)


Aiyyyarkk!!!So surprised kan???Bayangkan bahawa terdapat risiko yang besar bagi kita untuk mengalami ketidakstabilan mental.. Ianya patut diambil berat bagi mengelakkan masalah mental yang boleh menyebabkan produktiviti menurun dan mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.



Uji Stress!!!
Amati gambar di bawah berikut :

•Apakah polanya bergerak…? Atau tidak bergerak..?
• Pola pola berikut digunakan untuk mengetahui sampai sejauh mana sesorang dapat menahan stress
Semakin lambat gerakan pola, semakin baik kemampuan anda menahan stress
•Sewaktu test ini dilakukan pada pelanggar hukum, mereka mengatakan bahawa pola yang diperhatikan bergerak sangat cepat.
•Tapi saat ditest pada orang tua dan anak – anak, mereka menyatakan pola tersebut tidak bergerak sama sekali
•Tidak satu pun pola – pola berikut dibuat bergerak, pola  - pola tersebut benar benar diam
•bagaimana dengan anda….?  Silakan cuba sendiri……!


Adakah anda stress?Tidak stress?atau pun anda juga tak pasti bahawasanya anda stress atau tidak?tak dapekla saya nak tlg..muahahaha...:)


Kesan Stress pada tubuh

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia.Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.


 1. Otak dan saraf - Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.


 2. Kulit - Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain. 


 3. Otot dan sendi - Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.


 4. Jantung - Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.


 5. Perut - Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik. 


 6. Pankreas - Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.


 7. Usus - Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.


 8. Sistem pembiakan - Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.


 9. Sistem imunisasi - Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat. 



Okla...mcm mane nak handle stress ni ek?Meh saya share Teknik atasi stress yang sihat, antara lainnya:



Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres termasuklah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan 
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan tenaga anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon atau bermain alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media mereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau Cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.


Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatetik/simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Menonton Cerita lawak atau membaca koleksi cerita lawak
Percaya atau tidak perasaan stress tu akan hilang dengan sekelip mata bila mana hati digeletek dengan aksi-aksi lucu atau membaca cerita lawak yang kadang kala tak masuk dek akal.Bila kita ketawa secara automatik kita akan lupa seketika pada tekanan yang sedang kita hadapi.Ini boleh menyeimbangkan semula hormon dalam badan kita supaya tidak menjadi lebih teruk jika stress kita berpanjangan.

B COMPLEX TANGANI STRESS

Terdapat juga vitamin supplemen yang boleh membantu kita dalam menangani stress di samping memberikan tenaga pada badan.Tubuh kita memerlukan kombinasi vitamin B's yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik. Vitamin-Vitamin B ini sangat berkesan bila digabungkan didalam bentuk formula B-Complex. 


Apakah Formula B Complex?

Formula B Complex ialah kombinasi kesemua Vitamin B asas  seperti Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin, Vitamin B-6, Folic Acid, Vitamin B-12, Biotin, and Pantholenic acid, (Vitamin B5). Anda juga boleh membeli setiap jenis Vitamin B dalam dos yang tinggi.Sesetengah orang mungkin memerlukan tambahan B5 untuk masalah kulit,atau mungkin juga B12 untuk untuk keletihan dan kelesuan.

Dos
Bila anda membeli Vitamin B Complex,pastikan anda melihat label supaya anda tahu berapa kandungan setiap vitamin B dalam setiap hidangan.Dos terbaik untuk setiap vitamin dalam satu hidangan ialah 50mg.Terdapat banyak Vitamin dari jenama terkenal hanya mempunyai kuantiti yang sedikit sahaja dari apa yang badan kita perlukan.Jadi dapatkan Vitamin anda daripada produk yang dipercayai!

Sumber Vitamin B 
Vitamin B boleh dijumpai dalam banyak jenis makanan seperti daging,telur,kacang dan bijian.Anda juga boleh mendapatkan dos vitamin B dengan jumlah yang diperlukan dengan memakan sayur-sayuran hijau berdaun.Vitamin B juga boleh didapati dari hati,yis, dan beras perang.Sumber Vitamin B yang paling bagus adalah yis.

Bagaimana B Complex menangani Stress???
Vitamin B boleh membantu tubuh mengatasi stress dalam pelbagai cara.Salah satunya,Vitamin B terutamanya B12 membantu membaik pulih fungsi sistem saraf.Bila saraf kita dalam keadaan sihat,maka kita boleh menangani dan bertindak balas stress pada badan dengan lebih baik dan berkesan.Secara semulajadi kita mempunyai lebih tenaga dan menjadi lebih produktif.
Orang yang letih dan penat biasanya tidak mampu untuk menangani stress kerana ianya menggalas lebih banyak beban pada badan bila sedang stress.Vitamin B ini boleh memperbaiki tingkat tenaga dan mengurangkan stress bila mereka mengambil vitamin ini setiap hari.Vitamin B ini juga  membantu tubuh kita bertindak balas dengan adrenaline (hormon stress) dengan lebih effisien.
Vitamin B  menyokong fungsi penghantaran neoro di dalam otak yang membantu mengeluarkan hormon gembira seperti serotonin.Jadi,disebabkan ini lah kenapa Vitamin B banyak membantu kita dalam menjalani hidup yang lebih sihat dan bagus.

Dengan pengetahuan ini,jadi tidak perlu lah anda menelan panadol lagi setiap kali sakit kepala atau di landa stress.B complex juga terbukti boleh merawat Migrain.


Boleh dapatkan B complex shaklee dari saya dengan harga yang istimewa.

Hubungi saya.

Your Health Partner,

Liyana
017 3349363





No comments:

Post a Comment