My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes
Showing posts with label MIGRAIN. Show all posts
Showing posts with label MIGRAIN. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Rawat Demam,Gout,Letih,Sakit Kepala & Migrain dengan Minuman Berelektrolik

Assalamualaikum dan Salam sayang semua!

Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog semua berkenaan dengan kelebihan minuman berelektrolit sebagai rawatan kepada banyak jenis penyakit yang seringkali kita hadapi.Di pasaran sekarang ini memang banyak minuman berelektrolit/minuman isotonik yang dijual tetapi perlu diingat bahawa minuman isotonik yang di jual di pasaran adalah berkarbonat (bergas) dan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan ini boleh memudaratkan kesihatan kita sebagai pengguna.

Apa itu Elektrolit?
Elektrolit adalah garam yang terionisasi (terurai menjadi ion positif dan negatif) dalam cairan tubuh. Elektrolit utama dalam tubuh termasuk natrium, kalium,magnesium, kalsium, klorida, bikarbonat dan fosfat.Ketidakseimbangan elektrolit berlaku bilamana ketika jumlah natrium dan kalium dalam tubuh terlalu banyak atau terlalu sedikit.Ini menyebabkan fungsi tubuh kita akan terganggu kerana kekurangan cairan dalam tubuh yang dinamakan dehidrasi dan jika ianya berlanjutan dan makin teruk,boleh menyebabkan maut.

Apakah minuman Isotonik?
Minuman isotonik adalah larutan yang memiliki kandungan garam mineral sama dengan sel tubuh dan darah. Dengan demikian, larutan itu memiliki tekanan yang sama dengan dinding pembuluh darah. Jadi cairan isotonik adalah cairan yang memiliki tekanan osmosis yang sama dengan cairan yang berada dalam sel manusia.Disebut isotonik kerana keseimbangan kepekatan larutan yang masuk sama dengan kepekatan cairan darah.

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan.Jika kandungan elektrolit tidak seimbang dalam badan atau terganggu,ianya boleh membawa maut.Kalau anda mengalami haus terlampau,kulit bibir mengelupas atau rasa mual,itu tandanya badan sedang mengalami tahap dehidrasi yang terlampau.Jadi,Minuman elektrolit ini mampu mengembalikan cairan dalam tubuh yang hilang semasa aktiviti lasak seperti bersukan dan berolahraga.

Memperkenalkan Performance Drink Orange Shaklee sebagai Minuman Elektrolit terbaik dan selamat kerana ianya yang BEBAS KARBONAT malah KURANG GULA!!






Golongan yang memerlukan Performance Drink

1) Mereka yang aktif bersukan/berolahraga dan juga menjalani gaya hidup yang aktif

  • Mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna bagi mencegah dehidrasi.
  • Memberi tenaga dan stamina
  • Mengandungi OPTICARB - Memberikan tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah

2) Mereka yang kurang minum air dan banyak mengalami dehidrasi

  • Aktiviti harian yang padat menyebabkan kita terlupa atau tidak sempat untuk minum air.Ianya boleh digantikan dengan cepat dan efektif dengan minuman elektrolit disamping menghalang tubuh dari rasa cepat letih dan lesu kerana kehilangan banyak air disebabkan aktiviti yang padat sepanjang hari.


3) Ibu yang menyusukan anak 

  • Performance Drink mempunyai zat-Zat galian yang sangat diperlukan oleh tubuh.Oleh itu,ianya sangat baik untuk ibu-ibu yang menyusu kerana selain memberikan tenaga dan stamina pada ibu,secara tidak langsung boleh menyalurkan zat galian dalam minuman ini pada bayi mereka.


4) Mereka yang mengidap penyakit gout

5) Mereka yang berpuasa

  • Amat sesuai diminum ketika berbuka dan waktu sahur kerana boleh membekalkan tenaga dan stamina pada badan kerana tidak makan dan minum sepanjang hari


6) Anak-anak yang mengalami demam dan muntah

  • Jika anak mengalami demam dan muntah-muntah, maka segera berikan mereka minuman elektrolit untuk menggantikan balik cairan yang keluar dari badan akibat muntah dan demam.


7) Mereka yang mengalami demam denggi,terasa nak demam atau sedang demam

  • membantu mempercepatkan proses pemulihan pesakit. Bila si pesakit rajin mengamalkan minuman isotonik, maka cairan tubuhnya yang hilang akan terganti secara efektif kerana cairan yang hilang dari badan disebabkan muntah dan demam.


8) Mereka yang sering mengalami sakit kepala dan migrain

  • Salah satu Punca sakit kepala dan migrain adalah kurangnya bendalir dalam badan atau dehidrasi.Jadi,minuman elektrolit ini boleh menggantikan balik cairan dalam badan.


9) Sebagai pengganti kepada minuman isotonik yang berkarbonat dan mempunyai gula berlebihan



Kenapa Performance Drink adalah yang terbaik?
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat
  • Kurang kandungan gula
  • Mempunyai kadar Natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga/haus
  • Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita.Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya - tubuh anda lebih cergas dan kurang penat.
  • Mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE proprietari dengan campuran unit karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum
  • Terbukti secara klinikal : Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan Performance Drink Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi,memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • Tidak mengandungi perisa tiruan,pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan

Jadi tunggu apa lagi???Anda sudah tahu kelebihan Performance Drink Shaklee ini sebagai minuman elektrolit dan berupaya untuk merawat penyakit seperti di atas di samping memberikan tenaga dan stamina kepada anda.

Place your order Now!!!

Hubungi saya,
Liyana
017 3349363



Sunday, January 5, 2014

PETUA TANGANI STRESS,MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA

Petua Tangani Stress dan Tekanan Tanpa Ubat Dadah


Saya mcm teruja sikit nk bercerita psl stress ni.Nampaknya ramai je yg stress sekarang ni..hehe..pasai ape ek???petrol naik?tol naik?gula naik?Tarif letrik naik?GST?Alaaahai..korng jgn stress2 tau..kang x psl2 lama2 boleh jd sakit kepala dan migrain..tak mustahil kan?






Sebelum tu saya nk kongsi satu statement dari sorng Prof ni..bukan saya yg cakap tau..tp Prof tu sendri yang bgtau..


“One in four individuals suffer from a Diagnosable mental disorder once in their life “( Prof Azhar Md Zain, Malaysian Psychioatric Association)


Aiyyyarkk!!!So surprised kan???Bayangkan bahawa terdapat risiko yang besar bagi kita untuk mengalami ketidakstabilan mental.. Ianya patut diambil berat bagi mengelakkan masalah mental yang boleh menyebabkan produktiviti menurun dan mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.



Uji Stress!!!
Amati gambar di bawah berikut :

•Apakah polanya bergerak…? Atau tidak bergerak..?
• Pola pola berikut digunakan untuk mengetahui sampai sejauh mana sesorang dapat menahan stress
Semakin lambat gerakan pola, semakin baik kemampuan anda menahan stress
•Sewaktu test ini dilakukan pada pelanggar hukum, mereka mengatakan bahawa pola yang diperhatikan bergerak sangat cepat.
•Tapi saat ditest pada orang tua dan anak – anak, mereka menyatakan pola tersebut tidak bergerak sama sekali
•Tidak satu pun pola – pola berikut dibuat bergerak, pola  - pola tersebut benar benar diam
•bagaimana dengan anda….?  Silakan cuba sendiri……!


Adakah anda stress?Tidak stress?atau pun anda juga tak pasti bahawasanya anda stress atau tidak?tak dapekla saya nak tlg..muahahaha...:)


Kesan Stress pada tubuh

Kajian menunjukkan stress menjurus kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan terhadap manusia.Tidak hairan jika seseorang yang tidak dapat mengawal stressnya kemungkinan membawa kepada kualiti kesihatan yang sangat rendah dalam masa yang singkat.


 1. Otak dan saraf - Stress membawa kepada sakit kepala, rasa putus asa, kurang bertenaga, kesedihan, gemuruh, cepat marah atau kurang selera makan, masalah memberi tumpuan, masalah memori, susah tidur, masalah kesihatan mental seperti serangan panik, kemurungan dan kebimbangan.


 2. Kulit - Jerawat akan mudah naik terutama di bahagian muka serta masalah kulit yang lain. 


 3. Otot dan sendi - Otot menjadi tegang dan sakit terutama di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Meningkatnya risiko kehakisan tulang.


 4. Jantung - Degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat, risiko mendapatkan kolesterol tinggi dan serangan jantung.


 5. Perut - Muntah-muntah, sakit perut, pedih ulu hati dan berat badan naik. 


 6. Pankreas - Risiko kencing manis amat mudah dihidapi.


 7. Usus - Cirit birit, sembelit dan masalah pencernaan yang lain.


 8. Sistem pembiakan - Bagi wanita, kitaran haid yang tidak teratur dan teramat sakit. Nafsu seks juga menurun. Bagi lelaki pula, masalah mati pucuk, pengeluaran sperma yang sedikit dan nafsu seks yang berkurangan.


 9. Sistem imunisasi - Kurang upaya melawan penyakit atau proses penyembuhan daripada penyakit yang lambat. 



Okla...mcm mane nak handle stress ni ek?Meh saya share Teknik atasi stress yang sihat, antara lainnya:



Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres termasuklah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan 
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan tenaga anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar berlakon atau bermain alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media mereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau Cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.


Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatetik/simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Menonton Cerita lawak atau membaca koleksi cerita lawak
Percaya atau tidak perasaan stress tu akan hilang dengan sekelip mata bila mana hati digeletek dengan aksi-aksi lucu atau membaca cerita lawak yang kadang kala tak masuk dek akal.Bila kita ketawa secara automatik kita akan lupa seketika pada tekanan yang sedang kita hadapi.Ini boleh menyeimbangkan semula hormon dalam badan kita supaya tidak menjadi lebih teruk jika stress kita berpanjangan.

B COMPLEX TANGANI STRESS

Terdapat juga vitamin supplemen yang boleh membantu kita dalam menangani stress di samping memberikan tenaga pada badan.Tubuh kita memerlukan kombinasi vitamin B's yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik. Vitamin-Vitamin B ini sangat berkesan bila digabungkan didalam bentuk formula B-Complex. 


Apakah Formula B Complex?

Formula B Complex ialah kombinasi kesemua Vitamin B asas  seperti Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin, Vitamin B-6, Folic Acid, Vitamin B-12, Biotin, and Pantholenic acid, (Vitamin B5). Anda juga boleh membeli setiap jenis Vitamin B dalam dos yang tinggi.Sesetengah orang mungkin memerlukan tambahan B5 untuk masalah kulit,atau mungkin juga B12 untuk untuk keletihan dan kelesuan.

Dos
Bila anda membeli Vitamin B Complex,pastikan anda melihat label supaya anda tahu berapa kandungan setiap vitamin B dalam setiap hidangan.Dos terbaik untuk setiap vitamin dalam satu hidangan ialah 50mg.Terdapat banyak Vitamin dari jenama terkenal hanya mempunyai kuantiti yang sedikit sahaja dari apa yang badan kita perlukan.Jadi dapatkan Vitamin anda daripada produk yang dipercayai!

Sumber Vitamin B 
Vitamin B boleh dijumpai dalam banyak jenis makanan seperti daging,telur,kacang dan bijian.Anda juga boleh mendapatkan dos vitamin B dengan jumlah yang diperlukan dengan memakan sayur-sayuran hijau berdaun.Vitamin B juga boleh didapati dari hati,yis, dan beras perang.Sumber Vitamin B yang paling bagus adalah yis.

Bagaimana B Complex menangani Stress???
Vitamin B boleh membantu tubuh mengatasi stress dalam pelbagai cara.Salah satunya,Vitamin B terutamanya B12 membantu membaik pulih fungsi sistem saraf.Bila saraf kita dalam keadaan sihat,maka kita boleh menangani dan bertindak balas stress pada badan dengan lebih baik dan berkesan.Secara semulajadi kita mempunyai lebih tenaga dan menjadi lebih produktif.
Orang yang letih dan penat biasanya tidak mampu untuk menangani stress kerana ianya menggalas lebih banyak beban pada badan bila sedang stress.Vitamin B ini boleh memperbaiki tingkat tenaga dan mengurangkan stress bila mereka mengambil vitamin ini setiap hari.Vitamin B ini juga  membantu tubuh kita bertindak balas dengan adrenaline (hormon stress) dengan lebih effisien.
Vitamin B  menyokong fungsi penghantaran neoro di dalam otak yang membantu mengeluarkan hormon gembira seperti serotonin.Jadi,disebabkan ini lah kenapa Vitamin B banyak membantu kita dalam menjalani hidup yang lebih sihat dan bagus.

Dengan pengetahuan ini,jadi tidak perlu lah anda menelan panadol lagi setiap kali sakit kepala atau di landa stress.B complex juga terbukti boleh merawat Migrain.


Boleh dapatkan B complex shaklee dari saya dengan harga yang istimewa.

Hubungi saya.

Your Health Partner,

Liyana
017 3349363