My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes

Tuesday, January 21, 2014

Sumbangan Amal untuk Pembinaan Maahad Tahfiz Masjid Ibrahimi,Pasir Puteh

Assalamualaikum w.b.t


Saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua pembaca blog untuk turut sama memberikan derma ikhlas dalam bentuk wang tunai untuk Pembinaan Maahad Tahfiz Masjid Ibrahimi yang terletak di Bandar Pasir Puteh,Kelantan Darul Naim.

Secara keseluruhannya bangunan Maahad Tahfiz ini sudah hampir siap 100% hasil sumbangan derma dari orang ramai.Tetapi masih memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menampung perbelanjaan membeli peralatan seperti katil,tilam,kipas,pendingin udara,alat bantu mengajar,kitab-kitab,dan juga lain-lainnya.

Sehubungan dengan itu,saya dengan rasa rendah diri ingin menyeru anda semua untuk memberikan sumbangan ikhlas dalam membantu menyiapkan pembinaan Maahad Tahfiz ini untuk adik-adik pelajar yang akan memulakan sessi pengajian di situ tidak lama lagi.Semoga pemberian ikhlas dari kita semua menjadi amal jariah yang pahalanya boleh kita tuai selagi ada orang menggunakan Maahad Tahfiz ini walaupun kita sudah tiada kelak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Di bawah ini adalah bangunan Maahad Tahfiz Masjid Ibrahimi yang masih lagi dalam pembinaan.Sudah hampir siap cuma kerja-kerja pendawaian elektrik masih sedang dijalankan.




Maahad Tahfiz Masjid Ibrahimi,Pasir Puteh,Kelantan

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh bertanya terus pada Imam 1 dan Imam 2 Masjid Ibrahimi seperti berikut :-

IMAM 1 :USTAZ ROSMAN - 019 9177009
IMAM 2 : USTAZ HANAFIAH - 013 9017855

AJK Masjid Ibrahimi

Anda juga boleh menyalurkan terus sumbangan ikhlas anda ke akaun BIMB Bank Pembangunan Masjid Ibrahimi : 03090010009440

BIMB BANK AKAUN : TABUNG PEMBANGUNAN MASJID IBRAHIMI
Mohon share entry ini untuk dipanjangkan kepada rakan-rakan muslim yang lain.Semoga kita semua beroleh manfaat dari kerja kebajikan yang kita lakukan.Amiiiin....

Dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).



Wallahua'lam.....:)

No comments:

Post a Comment