My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes

Thursday, February 6, 2014

SWEET MOMENTS AT NAMI ISLAND

Waaaaah...Cuti Perayaan Hari Lunar tempoh hari mmg ku bercuti sakan.Kita org buat Trip dari Busan ke Seoul selama 4 hari 3 malam.Mmg dah plan awal2 nak g jalan2 kt Seoul bila ada cuti pjg.Daku dah mmg bgtau hubby,pegi Nami Island WAJIB ada dlm aktiviti Trip g Seoul nanti..hahahaha..Ini semua pengaruh citer Korea,Winter Sonata tu.Dah lama sgt berangan nak jejak kaki kat sini.Akhirnya....sampai jugak aku kat Bumi Nami Island ni pada 1 Feb 2014...Alhamdulillah...:)

Kita org naik Shuttle Bus je dari Seoul (Insadong) ke Nami Island yang terletak di Chuncheon and perjalanan mengambil masa about 1 and half hour jugakla..Sampai sini dalam pukul 11 pagi.Kalau nak naik Public Train pun boleh..Hubby mmg dh booking siap2 tiket bas skali ngan Entrance Ticket nk masuk Nami Island tu 2 mnggu sblm g Seoul..dalam KRW23000/person untuk dewasa dan KRW17000/person utk kanak-kanak.



Welcome to Nami Island

Sampai je sana mmg terasa suhu lg sejuk dari Seoul.Cakap pn sampai keluar wap air dari mulut.Dah rs mcm feeling2 Winter Sonata la pulak..hihihi..Pelancong mmg ramai..Dari Thailand,Hong Kong,China,Filipina..dari Malaysia pn ada gak aku terserempak..senyum2 mcm tu jela kt dia org..Oh,ya..dah sampai Chuncheon tu nak masuk Nami Island kena naik Feri pulak.Kejap je pn naik Feri dalam 10 minit mcm tu la..



Depan Pintu Masuk ke Nami Island

Turun je dari Feri terus ternampak iceberg kt pintu nak masuk ke Nami Island.Apa lg,snap ler gmbr buat kenangan..hehehe..Actually ada satu lg cara nk pegi Nami Island selain naik Feri..dengan flying fox..mmg thrill giler la kut naik ni..Dahla tinggi,panjang pulak tu nak smpi sana..huhuhu..tiket pn quite mahal jugakla dlm KRW35000 instead of naik feri hanya KRW8000 je..Tak sempat nak amik gmbr tnjuk rupa Flying Fox tu mcm mane..maap la yer..:)



Rombongan Cik Kiah yang terdiri daripada ofismate hubby

IGLOO

Tadi nk masuk nampak iceberg,bila dh masuk nampak igloo lak depan tu..bergambor la lagi..Afif dah mmg excited sgt la..Boleh pulak dia tendang bongkah Ice ni..Jakun tak pernah jumpakan..:)


Tengok Afif,semua benda pun dia nak tendang..haishhh..

Amni mmg duk dalam stroller je..sejuk sgt kut dia mcm x berape nk jln2 bebas.Kejap2 merengek kaki ngan tangan dia sakit..bukan sakit sebab ape pun..sbb kena Frost Bite la..dia rasa tgn beku ngn kebas2.. kesian dia..hehehe..So gmbr pn bnyk aku snap ngan Afif jela..hubby tukang amik gmbr..dia pn jarang ada dlm gmbr..hihihi


Mek To' Amni..hehehe

Memang cantik sgt view kt Nami Island ni.Tp tak bernasib baik sgt nk tgk full snow kt sini..mostly snow tu dah cair yg ada pn ckit2 jela yg tinggal dan masih beku.Kalau tak,confem lg cantik pemandangan dia dgn pokok2 yang memutih dan jugak tanah yang diliputi ngan snow tu kan..takpe,dpt jejak kaki kat sini pun dah syukur sgt2 dah..:)


Lagi Iceberg kat sini..:)

Train pun ada dalam ni tau

Kalau nak naik train round2 dalam ni pn boleh.Bayaran dalam KRW2000/Person utk dewasa dan KRW1000 utk kanak-kanak.Kawasan dalam ni mmg luas.Penat jugakla nak round dalam ni.Kita org pn xsempat nk round abis.lgpun kul 4 petang kita org dh kena ada blk dekat bas.Kebetulan masa nk blk tu hujan..lg la melambatkan masa perjalanan.Ngan snow yg dh jd ice tu..kena hati2 masa berjln..silap langkah mmg boleh jatuh tersungkur.



Afif dah takut dah kut2 Bear kat atas tu terjun turun..hahaha

KAMI...:)

Tasik pun dah jadi beku..boleh klu nak main ice skating atas ni..:)

Tadaaaaa..kt sini la scene Jun sang ngn Yoo Jin dalam citer Winter Sonata tu.Rasa macam nk tgk balik citer tu..mst boleh feeling2 lebih bila dh jejak sendri kaki kt Nami Island ni..last tgk masa zaman belum2 kawin dulu..hehehe..




Winter Sonata Versi Fared & Liyana..:)


Nami Island:Memang terkenal ngan Pokok sebaris cam gini


Aku agak terkilan sikitla sbb masa kita org dtg sini cuaca tak berapa nak elok.hujan kdg2 turun rintik2.So,membataskan pergerakan kami ngan bdk 2 org ni yang agak aktif.Keadaan tanah pn basah and licin.Takut jugak kalau2 afif jatuh..Payung pulak tak bawak.Nasib baik hubby mmg beli baju hujan yg disposable tu..So,kita org pakai yg tu jela...

Me & Hubby..Romantik tak??Hehehe...

Ikutkan nak amik gambar ala2 Winter Sonata Jun Sang & Yoo Jin..tapi En.Hubby ni malu2 pulak dah..So,natural jela...hihihi.Dalam bnyk2 view kt Nami Island ni..tempat yang plg cantik bg aku ialah kt Tasik beku hujung pulau.Ya Allah..mmg cantik sgt2..terpukau jap ngan keindahan alam ciptaan Allah ni.Dengan snowy mountain kt hujung tasik tu membuatkan aku rasa mcm duk alam fantasi je..cuba korng tgk gmbr2 kt bwh ni..mst korang ingt latar blkg tu lukisan je kn..tp bukan..tuh mmg pemandangan sebenar kt situ..

Cantikkan View ni?Tasik ni beku tau..:)

Macam kat Alam Fantasi tak???hehehe...

Lupa nak bgtau..kat Nami Island ni ada disediakan Surau tau.So,tak yah nk risau nak solat kt mane.Cafe tmpt mkn and gift shop pn ade gak dalam ni.Nak duduk satu hari kt dalam ni pn takpe..tp aku tak sure la pulak dia bukak sampai kul brape..tak ingat nak cek kt info kaunter aritu..

Me & Afif

Masa ni hujan dh nak stat lebat dah.Nasib baik dkt nk blk bru hjn..Tp serius,mmg best sgt tgk view kt sini.Korang kalau dtg melancong Korea jgn lupa singgah Nami Island ni yea..Ok la,rs mcm dh pnjg sgt dah ni..nti boring pulak korng nk baca..TQ ye sudi baca travelogue saya ni.Jumpa lg di entry lain..Annyeong!!!


3 comments:

  1. yup sis..rs x puas jln2 dalam tu..xsempat round abis..kekangan masa..nti ada peluang g melancong korea singgahla Nami Island..Dalam sejam setengah dari Seoul klu naik bas,,:)

    ReplyDelete