My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes

Wednesday, December 18, 2013

PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM DAN SUBANG

Pengedar Shaklee di Shah Alam dan Subang 



Anda tercari-cari produk Shaklee dan ingin mendapatkannya secara Cash-On-Delivery (COD)?? Sekiranya anda berada di kawasan Shah Alam dan Subang, anda boleh mendapatkan produk Shaklee secara COD daripada saya sendiri. 


Pn.Liyana Fairuz Abdullah



Anda juga boleh  menghubungi kami untuk mendapatkan konsultansi secara percuma mengenai produk yang sesuai dengan masalah anda,kerana kami bukan sekadar menjual produk,tetapi kami menjual kebaikan dan sharing info istimewa untuk anda.Syaratnya,anda hendaklah menjadi pelanggan kami.Segala tunjuk ajar dan konsultansi akan diberikan secara berterusan kerana kepuasan anda adalah matlamat kami..:)hehehe... 

Boleh dapatkan produk Shaklee anda secara COD di area Shah Alam seperti Puncak Perdana, Puncak Alam, Saujana Utama,Bukit Jelutong,TTDI Jaya,Kg.Melayu Subang dan Glenmarie HARI INI! :)


Hubungi Saya:



PENGEDAR SHAKLEE PERLIS, ALOR SETAR & KOKDIANG

Anda ingin mendapatkan supplement SHAKLEE daripada pengedar Shaklee Perlis secara COD? COD ke seluruh Negeri Perlis dan juga Alor Star,Jitra dan Kokdiang,Kedah.



Boleh dapatkannya hari ini daripada pengedar Shaklee Perlis, Pn.Fairuz Pajilah Abdullah. Beliau sentiasa bersedia untuk memberikan konsultansi berterusan kepada anda.

Ingin turut serta menjadi pengedar,sila berhubung dengan Pn.Fairuz dan daftar sekarang!


Fairuz Pajilah Abdullah (Pn.Fairuz)
FB: Fairuz Abadi
ID:1077160
PAGE: jom sihat dan cantik wif shaklee
TEL:
018 9426602
BLOG: www.darwisyibrahim.blogspot.com
EMAIL: fairuzpajilah@gmail.com




Hubungi pengedar Shaklee di Perlis kami hari ini! Beliau juga membuat penghantaran ke seluruh negara!

PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU, PASIR PUTEH, TUMPAT & KUALA KRAI


"Sis,saya nak beli produk Shaklee.Macam mana saya boleh dapatkannya di Kota Bharu??



Anda mencari pengedar SHAKLEE di Kota Bahru? COD Area Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh dan Kuala Krai Kelantan??

Kini,anda boleh mendapatkan produk SHAKLEE melalui pengedar kami secara COD dan boleh berjumpa terus dengan beliau untuk mendapatkan consultation mengenai produk Shaklee dan masalah yang anda hadapi.Insya Allah beliau akan membantu.

Beliau yang saya maksudkan ialah Cik Fatihah Bt Abdullah, masih lagi seorang pelajar dalam Jurusan Sains di Universiti Teknologi Mara. Sekiranya anda mempunyai persoalan dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit, set untuk pelajar, serta ingin mendapatkan produk Shaklee secara COD di kawasan yang dinyatakan,bolehlah hubungi beliau segera.

Fatihah Bt Abdullah (ID 1077151)
FB:Eiha Ritsu
Page:vitagorjes
No Tel:014 8025027
Email:aisyieha@gmail.com

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan ingin mendapat peluang untuk menjana pendapatan sampingan,anda boleh mendaftar sebagai ahli dan berhubung terus dengan Cik Fatihah mahupun saya.

Hubungi pengedar Shaklee anda di Kota Bharu hari ini! Beliau juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Negara!

Tuesday, December 17, 2013

Supplement Untuk Ibu Mengandung

Nutrisi Dan Diet Wanita Hamil


Assalamualaikum semua!!!!Pastinya ibu-ibu diluar sana mahukan yang terbaik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya sepanjang tempoh kehamilan berlansung.Lebih-lebih lagi bagi bakal ibu yang mengandungkan anak pertama.Sudah tentu bermacam-macam perasaan dan emosi yang dirasai..Maklulmlakan..tak pernah ada experience mengandung sebelum nikan..

Ibu-ibu jangan panik ye,as long as kita tahu menjaga kesihatan diri dan rajin membaca tentang info kehamilan pastinya tempoh 9 bulan 10 hari itu memberikan pengalaman yang amat bermakna untuk kita dan juga suami.Di sini saya ingin share sedikit tentang Nutrisi dan diet yang amat diperlukan untuk ibu hamil supaya diri dan bayi dalam kandungan kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan berlangsung.



Apa yang Sebaiknya Saya Makan Saat Hamil?

Mulai sekarang ingat ya, bahawa Ibu tidak hanya makan untuk diri sendiri. Selama kehamilan, bayi dalam kandungan juga mendapatkan semua nutrisi dari sang ibu. Jadi, untuk memastikan bayi anda sihat dan berkembang baik, penting bagi ibu hamil untuk mengamalkan makanan yang sihat dan bergizi seimbang.

Tips Diet Seimbang

  • Pilih variasi menu yang mewakili setiap kelompok makanan, agar Ibu mendapatkan nutrisi yang seimbang.
  • Jika Ibu merasakan sukar dapat memenuhi keperluan nutrisi penting tertentu, mintalah  pandangan doktor  jenis suplemen kehamilan yang tepat.
  • Amalkan pengambilan asid folik pada 12 minggu pertama kehamilan.
  • Makan secara teratur tiga kali sehari, dan selangi dengan 2-3 hidangan ringan setiap harinya.
  • Banyakkan memakan makanan berserat, seperti sayuran, buah, sereal gandum dan biji-bijian.
  • Minum hanya  6-8 gelas air putih dalam sehari.
  • Banyakkan minum  susu rendah lemak, jus buah segar, dan sup juga baik untuk kesihatan kehamilan.
  • Gunakan minyak yang lebih sihat untuk masakan, seperti minyak jagung, zaitun, dan bunga matahari.
  • Batasi pengambilan makanan olahan dan bahan pengawet yang cenderung banyak mengandungi garam.  
  • Jangan minum lebih dari 3 gelas teh atau kopi dalam sehari untuk mengurangi penyerapan  kafein ke dalam tubuh.
  • Batasi makanan yang serba manis, berlemak, dan bergoreng.


Nutrisi Yang Penting untuk Ibu Hamil



Vitamin A


  • Mengelakkan Kelesuan
  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak janin
Cadangan Vitamin Shaklee : Vitalea (MultiVitamin)
*Boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan.Dinasihatkan mengambil Vitamin A dalam bentuk multivitamin

Vitamin B Complex (Kesemua 8 jenis Vitamin B termasuk Asid Folik)


Vitamin B1 (Thiamine)
  • Mengelakkan Diabetis
  • Membina jaringan fungsi saraf otot dan otak
  • Menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Menguatkan fungsi otak
  • Menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
Vitamin B3 (Niasin)
  • Memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan
  • Mengurangkan tekanan perasaan menstabilkan emosi
  • Memberi ketenangan
Vitamin B5 (Pathotenic Acid)
  • Mengelakkan kekejangan otot
Vitamin B6 (Pyriodoxine)
  • Membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • Memberikan tenaga
  • Menghilangkan rasa lesu
Vitamin B9 (Folic Acid)
  • Mengurangkan risiko spina bifida pada bayi (kecacatan tiub neural) pd saraf
  • Menjaga fungsi saraf
  • Mengelakkan terjadinya anemia
  • Penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
  • Mencegah Anemia
  • Menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan
Cadangan Vitamin Shaklee : Vitamin B Complex

Vitamin C 
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegak komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan,anemia,etc
Cadangan Vitamin Shaklee : Vitamin C Sustained Release 500g

Vitamin D
  • Mengelakkan penyakit reput tulang
  • Mengelakkan kekejangan otot
  • Penting dalam penyerapan kalsium
Cadangan Vitamin Shaklee : Ostematrix (Calcium,Magnesium,Vitamin D)

Vitamin E
  • Mengelakkan keguguran
  • Menjaga saraf dan otot
  • Sebagai antioksidan
Cadangan Vitamin Shaklee : Vitalea (MultiVitamin)
*Vitamin E Shaklee tidak disarankan kepada ibu hamil kerana dosnya yang tinggi

Vitamin K
  • Penting untuk pembekuan darah
  • Mengurangkan risiko pendarahan
Cadangan Vitamin Shaklee : Vitalea (MultiVitamin)

Selain Vitamin yang dinyatakan di atas,saya juga sangat2 menyarankan pengambilan ESP dan juga Omega Guard  Shaklee untuk ibu hamil.Jom kita lihat apakah keistimewaan dua supplement ini..

ESP (Energizing Soy Protein)
  • ESP mengandungi PROTEIN dimana ianya adalah asas dan makanan kepada SEL.Ianya sangat penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel.Bila sel sihat dan bertenaga,penyerapan nutrien akan jadi lebih optimum.
Omega Guard
  • Bekalan DHA untuk perkembangan otak janin si kecil
  • Untuk ibu,Asid lemak Omega 3 boleh memecahkan lemak,merendahkan kolestrol dan tekanan darah dan mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.


Jika anda berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee,boleh hubungi saya ye..konsultansi percuma juga diberikan untuk setiap produk.



Sunday, December 15, 2013

Omega Guard

Sempena Promotion Omega Guard untuk Bulan December ni..Jom kita tengok apa yang BEST sangat pasal Minyak Ikan Omega Guard Shaklee ni..





Omega Guard Shaklee adalah dietary supplement yang mengandungi minyak ikan.Ianya daripada Asid Lemak Omega 3Omega-3 adalah sejenis asid lemak essential iaitu lemak yang diperlukan untuk kesihatan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya melalui makanan. Asid lemak omega-3 dapat diperolehi pada ikan seperti salmon, tuna, makarel dan makanan laut lainnya termasuk ganggang dan krill, beberapa jenis tanaman dan minyak kacang. Selain sumber alami, asid lemak omega-3 kini banyak ditemukan sebagai bahan aktif dalam suplement kesihatan, makanan bayi dan produk farmasi.


Asid lemak Omega-3 terdiri dari Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA), dan Alpha-linolenic acid (ALA). Dari ketiganya, EPA dan DHA adalah yang lebih bermanfaat bagi tubuh dan hanya diperoleh dari ikan-ikan berlemak, terutama ikan dari laut dingin.Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg Asid Lemak Omega 3 termasuklah DHA dan EPA.
DHA dan EPA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian ilmiah menunjukkan kombinasi DHA dan EPA, dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".Dengan kata lain, berdasarkan penelitian di atas, bayi yang menerima suplement DHA dan EPA mungkin cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi dari pada bayi yang tidak menerima suplement DHA dan EPA.


EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA membantu dalam perkembangan dan fingsi otak.Menurut Kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Oxford yang melakukan kajian terhadap 362 kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun mendapati kemampuan MEMBACA kanak-kanak tersebut meningkat dalam tempoh 3 minggu selepas diberi makan minyak ikan dengan dos 600mg selama 16 minggu..

Selain itu,sebuah penelitian mendapati kandungan minyak ikan dapat mencegah risiko terkena STROK.Kajian ini menyarankan supaya mengambil minyak ikan dua kali dalam seminggu.








Fungsi Utama Omega Guard:-
1) Mengurangkan risiko masalah Jantung dan Strok
2) Mengawal Tekanan dan Peredaran Darah
3) Merendahkan Kolestrol
4) Mengawal masalah OBESITI dengan membakar lebihan lemak
5) Merangsang Kesihatan Hati
6) Menentang Kanser Paru-Paru,Prostat dan Usus
7) Meningkatkan Kecerdasan Otak (Sangat bagus untuk minda kanak-kanak)

8) Mengatasi ketegangan leher dan sakit kepala
Merawat penyakit Gout


Jika anda mengalami masalah kesihatan di atas dan ingin mencuba Omega Guard Shaklee,sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk.Konsultansi adalah percuma.




* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.




Entry Challenge Day 5

Day 5: Your top 5 songs of all time.

Alamak..cabaran entry day 5 ni pasal lagu la pulak..ermmmm...jap nak fikir..lagu ape yang menjadi kegemaran saya ek?Actually la kan..saya minat lagu2 melayu ngan indon je..x berape nak suke lagu omputeh nih..tak tahu lah kenape..mmg dari dulu lagi x suka nak dengar..nak2 klu jnis lagu rock n roll tu..terpekik terlolong..sakit telingo den ni haaaa..rs mcm nk pecah kepala..alaaa..tak kisahla org nk cakap sy ni kolot ke hape..lain org lain citarasa masing2..ye dak?Yang penting..I am who I am..tak perlu nk jd hipokrit sbb nak tnjuk kita la yang terbaik konon2nya...nak tnjuk mat salleh la sgt..reti nyanyi omputeh ni..padahal tak faham sgt pun ape yang dia nyanyi..Hahaha..maap2..takde niat pn nak perli sape2 yg suka lagu omputeh..ada jugak bagusnya lagu omputeh ni..take it in a positive way la kan..ianya sedikit sebanyak membantu kita menguasai bahasa inggeris dgn baik.So,terpulang pd individu la dia minat lagu omputeh tu sbb ape..sendiri mau jawab ler..

Kebanyakan lagu yang jd feveret saya semuanya yang jenis slow..jazz..balada..yang ala2 romantik sedap didengar..jenis pop rock zaman 80-an..90 an pun daku layan jugak tau..ade satu singer dari indonesia yang saya minat giler dkt dia..lagu2 dia sumer berkonsepkan ketuhanan..Korang mst knl kan dgn Opick..haaaa..dia la penyanyi pujaan saya..dan lagu Opick yang paling saya suka adalah Tafakkur..best wooo lagu ni..mmg saya tak kan  pernah jemu dengar lagu ni..Saya masukkan lirik dia eh..cubala hayati...confem meresap masuk menusuk ke dalam jiwa..boleh jadi insaf tau...hehehe


Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Lepas hati memandang laut-Mu
Terheran diri pada langit-Mu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indah-Mu
Reff:
Melihat bintang alangkah jauh-Mu
Melihat biru alangkah dekat-Mu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu (Allah…Allah)
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..
Bumi akan sepi
Bangga sementara
A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah
ack to Reff:
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..
Nak lagi feeling..cubalah google and download lagu ni..best sangat2!Eh..baru cerita psl satu lagu je ke?Mak aiii..berjela-jela..masakla klu nak cerita lg 4 lagu ni..hahaha..Okla..diringkaskan cerita..(korang pn mst bosan nak baca panjang2kn)..lagu lain yg mmg menjadi kenangan sepanjang hayat sy adalah Dealova (Once)..lagu ni mengingatkan saya masa zaman2 muda remaja dulu..kisah cintan cintun dgn en.hubby..sekarang pn klu time datang mood jiwang..dgr balik tau lagu ni..menghangatkan balik rasa cinta kami berdua..hahaha..jiwang seyyhhh...
Kalau mengimbau kembali zaman kanak2 riang dulu saya suka sangat dengan lagu Untukmu Ibu nyanyian Mamat Exist..Tak silap saya masa tu saya baru Darjah 3 kut..mmg berhantu lagu ni kat sekolah..hehehe..sampai sekarang saya masih lagi ingat lirik penuh lagu ni tau..Oh ya..jgn tak tahu..masa belajar sekolah menengah pun ade lagu feveret jugak tau..dh mcm ikut stage umur la pulak ni..tp bagus gak klu camtu..at least bila kita dngr tu..pastinya kita mengimbau blk kenangan masa kecik2 dulu..masa zaman sekolah..masa dkt kolej..masa bercinta..mcm2 lg laaa...ayyyooo..dh x ingt dh lagu mana yg plg saya suka..sbb bnyk sgt jd feveret sy dulu2..tp yg sgt terkesan dihati saya adalah 3 lagu yang di atas tu..hehehe..sekian saja la untuk cerita psl top 5 song ni..boleh bg 3 je..hihi..jumpa lagi di next entry..:)

Friday, December 13, 2013

Entry Challenge Day 4

Day 4: All about your Parents

Ayah dan Ibu...Ayah dan Ibu...itulah permulaan kami...haaaaaa..sure korang semua  pun tahu lagu sudirman ni kan..tp mmg betul terkesan lirik lagu ni..ayah dan ibu lah permulaan hidup bagi kita..Tanpa mak dan ayah tak mungkin kita wujud mcm sekarang ni kan..Entry hari ke 4 ni mmg sedikit emosi..bercerita psl mak ayah ni mmg mampu membuatkan air mata menitik..Alaaahai...teringat la pulak kat dia org nun jauh di malaysia..rindunya kt mak ngan abah..tambah2 bila duk kt perantauan ni..huk3...sedey!!!Sebelum bercerita lebih lanjut pasal mak abah I ni..nk tnjukla ckit gambar wajah kesayangan hamba ni..hehehe..Romantik tak?Gambar ni kita orang snap masa family day kat Avillion Water Chalet,Port Dickson baru baru ni..Mak abah saya ni memang suka sangat berjalan..boleh dikatakan tiap2 bulan atau 2 bulan sekali dia org dtg KL..Al maklumla anak2 ramai bekerja and menetap kt KL.Tuh yang sentiasa turun KL..Alasan yang paling konkrit..rindu nak jumpa cucu..Mcm sweet jek alasan tu kan..hahaha..Takpela mummy..mmg I suka sgt kalau mummy dtg umah..bolehla tumpang g jln2 sekali..Pergi Melaka la..Johor la..Macam2 tempat dh kite org pergi..:)



Ma dan Abah



Eh..lupa la pulak nk kenalkan nama mak abah saya ni..Abah saya En.Abdullah Bin Zakaria..Bekerja sebagai Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat,Kelantan..Mak saya pulak..Pn.Mahani bt Japar..seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Abah saya orang Terengganu..Mak pulak org Kelantan..Dalam periuk bertemu jua..haha..nak jugak guna pepatah ni..Eh..sama mcm saya dan suami..memang kita org sehati sejiwa..semua nak ikut mak abah..suami sy pn org Terengganu..Bukan ape..dkt2 camni Senang nak blk kampung..takyah nk gaduh2 blk raya mana tahun ni..betul tak???hehehe...Abah saya ni takdela garang mana pn..seorang yang suka berjenaka..tapi sekali dia marah..siap la ko..menikus semua anak2..termasuk la I..tuh masa kecik2 dulula..Sekarang bila semua dh bsr..lainla pulak cara marahnya..siap guna reverse phsychology lg..hamek ko..lg haru..tak bercakap ngn sume org..ala2 majuk gitu..hahaha..

Mak pulak lain sikit cara didikan dia untuk anak2..orang pompuan ni..memang sinonim ngan perangai kuat berleter..alaaa mak2 kan..mmg  itulah cara nak bg teguran kat anak2..Masa kecik2 dulu mmg selalu sgt la ckp.."apehal la ngan mak aku ni..24 jam duk pot pet pot pet.Mulut tu tak letih ke??"...haaaa...sekarang bila dah ade anak sendiri..baru tahu mcm mana dulu mak rasa bila membesarkan anak2..padan muka aku..hak2..ampun mak atas dosa2 ku yang dulu sampaila sekarang..doakan anak2 dan cucu cicit keturunanmu tergolong dalam golongan orang2 yang soleh dan beriman..Amiiin..

Impian saya...teringin sgt nak bwk mak abah saya pergi menunaikan rukun haji di Mekah.Kalau boleh saya sendiri nak pergi sama2 ngan dia orang..Parents saya bukan la org senang..bukanlah orang yang bnyk duit..Gaji abah pn setakat cukup mkn pakai kami adik beradik je.Nak mewah2 tu mmg tak sangatla..Memang perit jgk la nmpk dia org nk kumpul duit pergi haji..sbb tu la sy join shaklee ni..salah satu sbb nya saya nk kumpul duit lps tu bg kt mak abah saya buat belanja menunaikan haji..Oh Tuhan..permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati ini..Besarnya harapanku utk melihat mak abah gembira dgn pemberian anak2nya ini..

Tu jela kut cerita psl mak abah saya..Mohon pembaca semua turut sama mendoakan semoga mak abah saya dipanjangkan usia,di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah limpahan rahmat Allah selalu..I love You Mak and Abah..Muuaaaahx!!!!Terima kasih semua..Baarakallu fiikum...:)

Thursday, December 12, 2013

Entry Challenge Day 3

Day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

Assalamualaikum semua..Waaaaahh..Entry challenge day 3 ni mmg sgt menarik untuk dikongsikan bersama..confem2 ku pilih tempat that i'm in love with rather than the thing.Tambahan pula mcm tak percaya jek saya sekarang sedang berada di negara k-pop..iaitu salah satu negara yang sememangnya menjadi country dream list saya untuk pergi melancong.Walaupun saya kesini bukan atas dasar tiket makan angin mahupun honeymoon malah lebih kepada mengikut my hubby kerja di sini,tetapi sedikit sebanyak saya boleh meneroka cara hidup dan budaya orang2 korea ni.Sambil menyelam,sambil minum air..Time hubby cuti kerja bolehla ajak dia pegi jalan2 tempat2 yang menarik kat sini..Yezzzaaaa...Busan..here I am...hihihi..

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Busan,tanggal 8 dec 2013..angin sejuk menyapa kami.Mana taknya..musim winter kan..suhu pun pada masa tu dalam 10 degree..Jakun jugak la..tempat paling sejuk yang kami pernah pergi pn dkt Cameron Highland..tu pn takde la sejuk mana pn kalau compare kat sini..tak pakai stoking..kasut bagai pn still lg boleh tahan..hehehe..

Busan Airport Korea


Sebenarnya kami bukanla menetap betul2 di bandar Busan.My hubby kena handle project di Okpo Dong,Goeje-Si..So,company hubby mmg sediakan satu apartment dekat2 situ supaya senang nk ulang alik pegi kerja..Oh ye..Sebelum terlupa..Si dlm bahasa Korea adalah bermaksud Island..So tmpt tnggal kita org mmg dkt sgt ngn kawasan pantai..perjalanan dr Busan ke Goeje Island memakan masa lebih kurang 1 jam..Sepanjang perjalanan mmg kami disajikan dgn pemandangan yg sgt cantik..terpukau jugakla dgn bukit bukau,pokok2 yg baru jer mengalami musim luruh..terowong dgn jambatan pn bnyk sgt sbb inilah caranya mereka dihubungkan dr satu tmpt ke tmpt yang lain..maklumla..bentuk muka buminya bnyk bukit bukau dan pulau2 kecik..tuh yg bnyk terowong..dan yang paling menariknya ada terowong dibina dlm laut utk menghubungkan busan dgn Goeje Si..terkesima kejap bila hubby ckp "kita baru je lalu terowong dlm laut td.."erkkk..terfikir kejap..mcm mane la depa bina terowong tu ek?takut pn ade sebenarnya..klu jd pape mcm mane nk selamat kan diri..hahaha..mmg daku jakun utk kali keduanya..

Salah Satu terowong di Goeje Si


Suhu pd waktu malam kadang2 drop sampai bawah takat beku.Memang sejuk sangat2..bila keluar duk kt beranda tak sampi 5 minit tanpa memakai winter cloth mmg boleh buatkan tgn dan kaki rasa kebas.Yang paling seronok nya Afif dan Amni la..tak putus2 cakap.."waaaah seronoknya kat Korea ni..sejuk!!!! Afif suka tempat sejuk.."Hehehe..yelah Afif ooiii..Tak rasa lg yang betul2 sejuk..bolehla cakap mcm tu..nti bila dah kuar g jln2..hah tahula mcm mane sejuk tu..

Tak bnyk sgt lg boleh dikongsi sbb tak berkesempatan lg nak kuar g jln2..nti saya update lg tmpt2 menarik kt Busan ni eh..jumpa lg...daaaaaaaaaa... 







Wednesday, December 11, 2013

Entry Challenge Day 2

Day 2: Meaning Behind your Blog Name

Hari ke 2..cerita mengenai Kisah disebalik nama blog saya..ummiaisys.blogspot.com..Tentunya korang dah boleh agak dah kan nama blog saya ni bersempena dengan apa?Eh...Pandainya korang..thumbs up utk korang semua...hehehe..sah2 la diambil dari pangkal nama permata hati saya..Muhammad Aisy Afif dan Nur Aisy Amni.In fact saya memang suka dengan maksud Aisy tu..Yang kaya raya..haaaa..itulah makna nama tu..Semoga daku menjadi ummi yang kaya raya bkn saja dari wang ringgit tetapi kaya raya dari segi akhlak dan keperibadian muslimah yang unggul..ceeewaaaaah..Tinggi betul cita2..amiiiiiin.Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ku..:)

Ok..kenapa ummi??bukan mummy..bukan mama..bukan mak..Konon2nya la kan nak ikut orang Arab punya panggilan..Ala-ala islamic gitu..makanya saya ajarin anak2 dgn panggilan Ummi..Apak nya pulak dgn panggilan Abi..hehehe..Oleh itu,bila digabungkan ummi dan Aisy itu terciptala nama blog ummiaisys.blogspot.com ni..

Lagi satu..hati dan fikiran seorang ibu memang akan senantiasa memikirkan perihal anak2..tak kira lah duduk tang mana sekali pun.Rasanya disebabkan ini jugak kut saya memilih nama anak2 saya untuk diabadikan sebagai nama blog saya.Tengok je nama dia orang..hati berbunga riang je..hehehe..semoga anak2 ummi menjadi anak yang soleh dan solehah..cemerlang hidup dunia dan akhirat...InsyaAllah...


  
Muhammad Aisy Afif

Nur Aisy Amni

























Afif dan Amni..kedua2nya adalah passion saya yang utama..memang pun kan..Ingat senang ke nak layan karenah dia orang ni yang sama2 aktif dan lasak.Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan.sama je..kadang2 memang  mencabar tahap kesabaran saya..darah pun kadang2 mendidih naik atas kepala jgk ler dgn gelagat dia org..Tapi apakan daya..bila dh jadi mak ni mmg kena bnyk sabar..so,sabo jelaaaa...hihihi..

Oh ye...agak2 apa passion saya yang seterusnya ek?Cer teka..cer teka..hehehe..Of course la Shaklee..hahaha..naaaak jugak sebut pasal shaklee nikan...nak wat camno..mmg daku dah mula jatuh cintan dgn shaklee nih..bg saya shaklee ni bkn saja membantu dalam memberi kan supplement dan vitamin untuk kesihatan seisi keluarga saya malahan saya juga boleh buat duit dgn shaklee ni..nak tahu mcm mana caranya..jgn segan2 contact saya..you are welcome and free to ask anything about shaklee my dear...:)

Jom-jom hubungi saya..






Tuesday, December 10, 2013

Entry Challenge Day 1



Sebagai permulaan kepada blog saya yg tersangat la baru ni..seharusnya saya wajib menyahut cabaran dari rakan biz shaklee saya yang juga merupakan introducer merangkap ' mak' shaklee saya,Pn. Nurru Adila..Cabarannya adalah 30 Days Entry Challenge!!!Walaupun dah 3 hari lambat,rasanya boleh catch up lagi kut..Tajuk entry nya pun boleh dikira senang.Sangat bagus utk orang2 yg baru nak berjinak dgn dunia blogging macam saya ni.Katanya tujuan Entry Challange ni adalah untuk mengasah bakat menulis entry blog.Oh tidak!!!Nampak nya saya kena pulun 3 entry dalam satu hari ni.Then,here we go!!!A journey of my life has just begun...:)



Day 1: Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.

Busan Airport Korea


Nama saya Liyana Fairuz.Kawan2 panggil Yana je.Saya merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata.Alhamdulillah..Allah bg sepasang.Anak sulung saya adalah lelaki berusia 4 thn manakala adiknya pulak 2 thn.Aisy Afif dan Aisy Amni..itulah cinta hati saya dan suami..:)

Sememangnya sudah masuk 2 thn saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan meninggalkan alam pekerjaan yang sgt mencabar.Ramai org bertanya pd saya..tak syg ke quit kerja?dah dpt kerja bagus2 gaji pn dah banyak(dulunya saya seorang jurutera dan mmg inilah kerjaya impian saya sejak kecil)..belajar tinggi2 perah otak dan keringat nak dpt Degree dulu2 lps tu sng2 nk berhenti kerja jaga anak kt rumah je???Ya,jujur saya katakan..Memang berat nk buat keputusan quit kerja.Tapi apakan daya..work of nature suami saya yang selalu out station overseas sampai berbulan2 buat saya berfikir bnyk kali..

In terms of money..Yes!We are in comfort zone.Rasanya takde sgt la prob x cukup duit ke ape..bukannya mewah..tp tak perlu la nk tnggu hujung bulan gaji baru dapat beli apa2 yg nak.Tapi saya sgt kesian kan anak2..kurang kasih sayang!!!dah la ngan ayah jarang2 jumpa sbb suami selalu ulang alik oversea..homeleave 2 mnggu je..baru je anak2 nk bermanja..ayah dh kena pegi keje blk..and will come back home after 3 months later..takkan la saya pn nk biarkan ank2 kurang kasih syg disebabkan kerjaya saya yg selalu g kerja awal dan blk kerja lmbt.Satu hari saya cuma ada masa dlm 3 jam je ngan dia org.Oh..kesiannya anak2 ku..dan disebabkan ini la saya nekad utk resign dan menjaga sendiri anak2 saya walau pn terpaksa berjauhan dgn suami pd masa tu.

Tadaaaaa...and guess what??Syukur Alhamdulillah.Sekarang ni saya dan anak2 tak perlu lg berjauhan dgn suami since kita org berpeluang mengikut suami ke Korea Selatan (Busan) utk memenuhi tuntutan kerja beliau..Allah makbulkan doa saya utk berada dekat dgn suami....saya sukeeee...saya sukeeee...hehehe..

Dan sekarang ni..setelah diperkenalkan biz shaklee pd sy..rasa2nya sy bkn sahaja jd suri rumah yang goyang kaki je tau..tp dah naik taraf jd WAHM (Working at Home Mom) pulak..jgn x tahu..biz shaklee ni boleh jana income berganda2 tau..lg bnyk dr income sy jd engineer kopak dulu..hehe..bkn hanya duit semata2..tp sy suka kan ukwwah yang terjalin dalam group bsr shaklee yg super duper best ni..kita org boleh share semua benda..berkongsi ilmu,info kesihatan,perasaan..even keletah anak2 pn jd bhn cerita..semuanya yg positif..aura negative,tendang jauh2..Jom sertai keluarga Shaklee kami dan anda berpeluang menjana pendapatan dan bersilaturrahim bersama kami.

Hubungi Saya untuk maklumat lanjut :