My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes

Sunday, December 15, 2013

Omega Guard

Sempena Promotion Omega Guard untuk Bulan December ni..Jom kita tengok apa yang BEST sangat pasal Minyak Ikan Omega Guard Shaklee ni..





Omega Guard Shaklee adalah dietary supplement yang mengandungi minyak ikan.Ianya daripada Asid Lemak Omega 3Omega-3 adalah sejenis asid lemak essential iaitu lemak yang diperlukan untuk kesihatan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya melalui makanan. Asid lemak omega-3 dapat diperolehi pada ikan seperti salmon, tuna, makarel dan makanan laut lainnya termasuk ganggang dan krill, beberapa jenis tanaman dan minyak kacang. Selain sumber alami, asid lemak omega-3 kini banyak ditemukan sebagai bahan aktif dalam suplement kesihatan, makanan bayi dan produk farmasi.


Asid lemak Omega-3 terdiri dari Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA), dan Alpha-linolenic acid (ALA). Dari ketiganya, EPA dan DHA adalah yang lebih bermanfaat bagi tubuh dan hanya diperoleh dari ikan-ikan berlemak, terutama ikan dari laut dingin.Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg Asid Lemak Omega 3 termasuklah DHA dan EPA.
DHA dan EPA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian ilmiah menunjukkan kombinasi DHA dan EPA, dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".Dengan kata lain, berdasarkan penelitian di atas, bayi yang menerima suplement DHA dan EPA mungkin cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi dari pada bayi yang tidak menerima suplement DHA dan EPA.


EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA membantu dalam perkembangan dan fingsi otak.Menurut Kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Oxford yang melakukan kajian terhadap 362 kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun mendapati kemampuan MEMBACA kanak-kanak tersebut meningkat dalam tempoh 3 minggu selepas diberi makan minyak ikan dengan dos 600mg selama 16 minggu..

Selain itu,sebuah penelitian mendapati kandungan minyak ikan dapat mencegah risiko terkena STROK.Kajian ini menyarankan supaya mengambil minyak ikan dua kali dalam seminggu.








Fungsi Utama Omega Guard:-
1) Mengurangkan risiko masalah Jantung dan Strok
2) Mengawal Tekanan dan Peredaran Darah
3) Merendahkan Kolestrol
4) Mengawal masalah OBESITI dengan membakar lebihan lemak
5) Merangsang Kesihatan Hati
6) Menentang Kanser Paru-Paru,Prostat dan Usus
7) Meningkatkan Kecerdasan Otak (Sangat bagus untuk minda kanak-kanak)

8) Mengatasi ketegangan leher dan sakit kepala
Merawat penyakit Gout


Jika anda mengalami masalah kesihatan di atas dan ingin mencuba Omega Guard Shaklee,sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk.Konsultansi adalah percuma.




* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.




Entry Challenge Day 5

Day 5: Your top 5 songs of all time.

Alamak..cabaran entry day 5 ni pasal lagu la pulak..ermmmm...jap nak fikir..lagu ape yang menjadi kegemaran saya ek?Actually la kan..saya minat lagu2 melayu ngan indon je..x berape nak suke lagu omputeh nih..tak tahu lah kenape..mmg dari dulu lagi x suka nak dengar..nak2 klu jnis lagu rock n roll tu..terpekik terlolong..sakit telingo den ni haaaa..rs mcm nk pecah kepala..alaaa..tak kisahla org nk cakap sy ni kolot ke hape..lain org lain citarasa masing2..ye dak?Yang penting..I am who I am..tak perlu nk jd hipokrit sbb nak tnjuk kita la yang terbaik konon2nya...nak tnjuk mat salleh la sgt..reti nyanyi omputeh ni..padahal tak faham sgt pun ape yang dia nyanyi..Hahaha..maap2..takde niat pn nak perli sape2 yg suka lagu omputeh..ada jugak bagusnya lagu omputeh ni..take it in a positive way la kan..ianya sedikit sebanyak membantu kita menguasai bahasa inggeris dgn baik.So,terpulang pd individu la dia minat lagu omputeh tu sbb ape..sendiri mau jawab ler..

Kebanyakan lagu yang jd feveret saya semuanya yang jenis slow..jazz..balada..yang ala2 romantik sedap didengar..jenis pop rock zaman 80-an..90 an pun daku layan jugak tau..ade satu singer dari indonesia yang saya minat giler dkt dia..lagu2 dia sumer berkonsepkan ketuhanan..Korang mst knl kan dgn Opick..haaaa..dia la penyanyi pujaan saya..dan lagu Opick yang paling saya suka adalah Tafakkur..best wooo lagu ni..mmg saya tak kan  pernah jemu dengar lagu ni..Saya masukkan lirik dia eh..cubala hayati...confem meresap masuk menusuk ke dalam jiwa..boleh jadi insaf tau...hehehe


Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Lepas hati memandang laut-Mu
Terheran diri pada langit-Mu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indah-Mu
Reff:
Melihat bintang alangkah jauh-Mu
Melihat biru alangkah dekat-Mu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu (Allah…Allah)
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..
Bumi akan sepi
Bangga sementara
A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah
ack to Reff:
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..
Nak lagi feeling..cubalah google and download lagu ni..best sangat2!Eh..baru cerita psl satu lagu je ke?Mak aiii..berjela-jela..masakla klu nak cerita lg 4 lagu ni..hahaha..Okla..diringkaskan cerita..(korang pn mst bosan nak baca panjang2kn)..lagu lain yg mmg menjadi kenangan sepanjang hayat sy adalah Dealova (Once)..lagu ni mengingatkan saya masa zaman2 muda remaja dulu..kisah cintan cintun dgn en.hubby..sekarang pn klu time datang mood jiwang..dgr balik tau lagu ni..menghangatkan balik rasa cinta kami berdua..hahaha..jiwang seyyhhh...
Kalau mengimbau kembali zaman kanak2 riang dulu saya suka sangat dengan lagu Untukmu Ibu nyanyian Mamat Exist..Tak silap saya masa tu saya baru Darjah 3 kut..mmg berhantu lagu ni kat sekolah..hehehe..sampai sekarang saya masih lagi ingat lirik penuh lagu ni tau..Oh ya..jgn tak tahu..masa belajar sekolah menengah pun ade lagu feveret jugak tau..dh mcm ikut stage umur la pulak ni..tp bagus gak klu camtu..at least bila kita dngr tu..pastinya kita mengimbau blk kenangan masa kecik2 dulu..masa zaman sekolah..masa dkt kolej..masa bercinta..mcm2 lg laaa...ayyyooo..dh x ingt dh lagu mana yg plg saya suka..sbb bnyk sgt jd feveret sy dulu2..tp yg sgt terkesan dihati saya adalah 3 lagu yang di atas tu..hehehe..sekian saja la untuk cerita psl top 5 song ni..boleh bg 3 je..hihi..jumpa lagi di next entry..:)

Friday, December 13, 2013

Entry Challenge Day 4

Day 4: All about your Parents

Ayah dan Ibu...Ayah dan Ibu...itulah permulaan kami...haaaaaa..sure korang semua  pun tahu lagu sudirman ni kan..tp mmg betul terkesan lirik lagu ni..ayah dan ibu lah permulaan hidup bagi kita..Tanpa mak dan ayah tak mungkin kita wujud mcm sekarang ni kan..Entry hari ke 4 ni mmg sedikit emosi..bercerita psl mak ayah ni mmg mampu membuatkan air mata menitik..Alaaahai...teringat la pulak kat dia org nun jauh di malaysia..rindunya kt mak ngan abah..tambah2 bila duk kt perantauan ni..huk3...sedey!!!Sebelum bercerita lebih lanjut pasal mak abah I ni..nk tnjukla ckit gambar wajah kesayangan hamba ni..hehehe..Romantik tak?Gambar ni kita orang snap masa family day kat Avillion Water Chalet,Port Dickson baru baru ni..Mak abah saya ni memang suka sangat berjalan..boleh dikatakan tiap2 bulan atau 2 bulan sekali dia org dtg KL..Al maklumla anak2 ramai bekerja and menetap kt KL.Tuh yang sentiasa turun KL..Alasan yang paling konkrit..rindu nak jumpa cucu..Mcm sweet jek alasan tu kan..hahaha..Takpela mummy..mmg I suka sgt kalau mummy dtg umah..bolehla tumpang g jln2 sekali..Pergi Melaka la..Johor la..Macam2 tempat dh kite org pergi..:)



Ma dan Abah



Eh..lupa la pulak nk kenalkan nama mak abah saya ni..Abah saya En.Abdullah Bin Zakaria..Bekerja sebagai Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat,Kelantan..Mak saya pulak..Pn.Mahani bt Japar..seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Abah saya orang Terengganu..Mak pulak org Kelantan..Dalam periuk bertemu jua..haha..nak jugak guna pepatah ni..Eh..sama mcm saya dan suami..memang kita org sehati sejiwa..semua nak ikut mak abah..suami sy pn org Terengganu..Bukan ape..dkt2 camni Senang nak blk kampung..takyah nk gaduh2 blk raya mana tahun ni..betul tak???hehehe...Abah saya ni takdela garang mana pn..seorang yang suka berjenaka..tapi sekali dia marah..siap la ko..menikus semua anak2..termasuk la I..tuh masa kecik2 dulula..Sekarang bila semua dh bsr..lainla pulak cara marahnya..siap guna reverse phsychology lg..hamek ko..lg haru..tak bercakap ngn sume org..ala2 majuk gitu..hahaha..

Mak pulak lain sikit cara didikan dia untuk anak2..orang pompuan ni..memang sinonim ngan perangai kuat berleter..alaaa mak2 kan..mmg  itulah cara nak bg teguran kat anak2..Masa kecik2 dulu mmg selalu sgt la ckp.."apehal la ngan mak aku ni..24 jam duk pot pet pot pet.Mulut tu tak letih ke??"...haaaa...sekarang bila dah ade anak sendiri..baru tahu mcm mana dulu mak rasa bila membesarkan anak2..padan muka aku..hak2..ampun mak atas dosa2 ku yang dulu sampaila sekarang..doakan anak2 dan cucu cicit keturunanmu tergolong dalam golongan orang2 yang soleh dan beriman..Amiiin..

Impian saya...teringin sgt nak bwk mak abah saya pergi menunaikan rukun haji di Mekah.Kalau boleh saya sendiri nak pergi sama2 ngan dia orang..Parents saya bukan la org senang..bukanlah orang yang bnyk duit..Gaji abah pn setakat cukup mkn pakai kami adik beradik je.Nak mewah2 tu mmg tak sangatla..Memang perit jgk la nmpk dia org nk kumpul duit pergi haji..sbb tu la sy join shaklee ni..salah satu sbb nya saya nk kumpul duit lps tu bg kt mak abah saya buat belanja menunaikan haji..Oh Tuhan..permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati ini..Besarnya harapanku utk melihat mak abah gembira dgn pemberian anak2nya ini..

Tu jela kut cerita psl mak abah saya..Mohon pembaca semua turut sama mendoakan semoga mak abah saya dipanjangkan usia,di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah limpahan rahmat Allah selalu..I love You Mak and Abah..Muuaaaahx!!!!Terima kasih semua..Baarakallu fiikum...:)

Thursday, December 12, 2013

Entry Challenge Day 3

Day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

Assalamualaikum semua..Waaaaahh..Entry challenge day 3 ni mmg sgt menarik untuk dikongsikan bersama..confem2 ku pilih tempat that i'm in love with rather than the thing.Tambahan pula mcm tak percaya jek saya sekarang sedang berada di negara k-pop..iaitu salah satu negara yang sememangnya menjadi country dream list saya untuk pergi melancong.Walaupun saya kesini bukan atas dasar tiket makan angin mahupun honeymoon malah lebih kepada mengikut my hubby kerja di sini,tetapi sedikit sebanyak saya boleh meneroka cara hidup dan budaya orang2 korea ni.Sambil menyelam,sambil minum air..Time hubby cuti kerja bolehla ajak dia pegi jalan2 tempat2 yang menarik kat sini..Yezzzaaaa...Busan..here I am...hihihi..

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Busan,tanggal 8 dec 2013..angin sejuk menyapa kami.Mana taknya..musim winter kan..suhu pun pada masa tu dalam 10 degree..Jakun jugak la..tempat paling sejuk yang kami pernah pergi pn dkt Cameron Highland..tu pn takde la sejuk mana pn kalau compare kat sini..tak pakai stoking..kasut bagai pn still lg boleh tahan..hehehe..

Busan Airport Korea


Sebenarnya kami bukanla menetap betul2 di bandar Busan.My hubby kena handle project di Okpo Dong,Goeje-Si..So,company hubby mmg sediakan satu apartment dekat2 situ supaya senang nk ulang alik pegi kerja..Oh ye..Sebelum terlupa..Si dlm bahasa Korea adalah bermaksud Island..So tmpt tnggal kita org mmg dkt sgt ngn kawasan pantai..perjalanan dr Busan ke Goeje Island memakan masa lebih kurang 1 jam..Sepanjang perjalanan mmg kami disajikan dgn pemandangan yg sgt cantik..terpukau jugakla dgn bukit bukau,pokok2 yg baru jer mengalami musim luruh..terowong dgn jambatan pn bnyk sgt sbb inilah caranya mereka dihubungkan dr satu tmpt ke tmpt yang lain..maklumla..bentuk muka buminya bnyk bukit bukau dan pulau2 kecik..tuh yg bnyk terowong..dan yang paling menariknya ada terowong dibina dlm laut utk menghubungkan busan dgn Goeje Si..terkesima kejap bila hubby ckp "kita baru je lalu terowong dlm laut td.."erkkk..terfikir kejap..mcm mane la depa bina terowong tu ek?takut pn ade sebenarnya..klu jd pape mcm mane nk selamat kan diri..hahaha..mmg daku jakun utk kali keduanya..

Salah Satu terowong di Goeje Si


Suhu pd waktu malam kadang2 drop sampai bawah takat beku.Memang sejuk sangat2..bila keluar duk kt beranda tak sampi 5 minit tanpa memakai winter cloth mmg boleh buatkan tgn dan kaki rasa kebas.Yang paling seronok nya Afif dan Amni la..tak putus2 cakap.."waaaah seronoknya kat Korea ni..sejuk!!!! Afif suka tempat sejuk.."Hehehe..yelah Afif ooiii..Tak rasa lg yang betul2 sejuk..bolehla cakap mcm tu..nti bila dah kuar g jln2..hah tahula mcm mane sejuk tu..

Tak bnyk sgt lg boleh dikongsi sbb tak berkesempatan lg nak kuar g jln2..nti saya update lg tmpt2 menarik kt Busan ni eh..jumpa lg...daaaaaaaaaa... 







Wednesday, December 11, 2013

Entry Challenge Day 2

Day 2: Meaning Behind your Blog Name

Hari ke 2..cerita mengenai Kisah disebalik nama blog saya..ummiaisys.blogspot.com..Tentunya korang dah boleh agak dah kan nama blog saya ni bersempena dengan apa?Eh...Pandainya korang..thumbs up utk korang semua...hehehe..sah2 la diambil dari pangkal nama permata hati saya..Muhammad Aisy Afif dan Nur Aisy Amni.In fact saya memang suka dengan maksud Aisy tu..Yang kaya raya..haaaa..itulah makna nama tu..Semoga daku menjadi ummi yang kaya raya bkn saja dari wang ringgit tetapi kaya raya dari segi akhlak dan keperibadian muslimah yang unggul..ceeewaaaaah..Tinggi betul cita2..amiiiiiin.Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ku..:)

Ok..kenapa ummi??bukan mummy..bukan mama..bukan mak..Konon2nya la kan nak ikut orang Arab punya panggilan..Ala-ala islamic gitu..makanya saya ajarin anak2 dgn panggilan Ummi..Apak nya pulak dgn panggilan Abi..hehehe..Oleh itu,bila digabungkan ummi dan Aisy itu terciptala nama blog ummiaisys.blogspot.com ni..

Lagi satu..hati dan fikiran seorang ibu memang akan senantiasa memikirkan perihal anak2..tak kira lah duduk tang mana sekali pun.Rasanya disebabkan ini jugak kut saya memilih nama anak2 saya untuk diabadikan sebagai nama blog saya.Tengok je nama dia orang..hati berbunga riang je..hehehe..semoga anak2 ummi menjadi anak yang soleh dan solehah..cemerlang hidup dunia dan akhirat...InsyaAllah...


  
Muhammad Aisy Afif

Nur Aisy Amni

























Afif dan Amni..kedua2nya adalah passion saya yang utama..memang pun kan..Ingat senang ke nak layan karenah dia orang ni yang sama2 aktif dan lasak.Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan.sama je..kadang2 memang  mencabar tahap kesabaran saya..darah pun kadang2 mendidih naik atas kepala jgk ler dgn gelagat dia org..Tapi apakan daya..bila dh jadi mak ni mmg kena bnyk sabar..so,sabo jelaaaa...hihihi..

Oh ye...agak2 apa passion saya yang seterusnya ek?Cer teka..cer teka..hehehe..Of course la Shaklee..hahaha..naaaak jugak sebut pasal shaklee nikan...nak wat camno..mmg daku dah mula jatuh cintan dgn shaklee nih..bg saya shaklee ni bkn saja membantu dalam memberi kan supplement dan vitamin untuk kesihatan seisi keluarga saya malahan saya juga boleh buat duit dgn shaklee ni..nak tahu mcm mana caranya..jgn segan2 contact saya..you are welcome and free to ask anything about shaklee my dear...:)

Jom-jom hubungi saya..






Tuesday, December 10, 2013

Entry Challenge Day 1



Sebagai permulaan kepada blog saya yg tersangat la baru ni..seharusnya saya wajib menyahut cabaran dari rakan biz shaklee saya yang juga merupakan introducer merangkap ' mak' shaklee saya,Pn. Nurru Adila..Cabarannya adalah 30 Days Entry Challenge!!!Walaupun dah 3 hari lambat,rasanya boleh catch up lagi kut..Tajuk entry nya pun boleh dikira senang.Sangat bagus utk orang2 yg baru nak berjinak dgn dunia blogging macam saya ni.Katanya tujuan Entry Challange ni adalah untuk mengasah bakat menulis entry blog.Oh tidak!!!Nampak nya saya kena pulun 3 entry dalam satu hari ni.Then,here we go!!!A journey of my life has just begun...:)



Day 1: Introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.

Busan Airport Korea


Nama saya Liyana Fairuz.Kawan2 panggil Yana je.Saya merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata.Alhamdulillah..Allah bg sepasang.Anak sulung saya adalah lelaki berusia 4 thn manakala adiknya pulak 2 thn.Aisy Afif dan Aisy Amni..itulah cinta hati saya dan suami..:)

Sememangnya sudah masuk 2 thn saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan meninggalkan alam pekerjaan yang sgt mencabar.Ramai org bertanya pd saya..tak syg ke quit kerja?dah dpt kerja bagus2 gaji pn dah banyak(dulunya saya seorang jurutera dan mmg inilah kerjaya impian saya sejak kecil)..belajar tinggi2 perah otak dan keringat nak dpt Degree dulu2 lps tu sng2 nk berhenti kerja jaga anak kt rumah je???Ya,jujur saya katakan..Memang berat nk buat keputusan quit kerja.Tapi apakan daya..work of nature suami saya yang selalu out station overseas sampai berbulan2 buat saya berfikir bnyk kali..

In terms of money..Yes!We are in comfort zone.Rasanya takde sgt la prob x cukup duit ke ape..bukannya mewah..tp tak perlu la nk tnggu hujung bulan gaji baru dapat beli apa2 yg nak.Tapi saya sgt kesian kan anak2..kurang kasih sayang!!!dah la ngan ayah jarang2 jumpa sbb suami selalu ulang alik oversea..homeleave 2 mnggu je..baru je anak2 nk bermanja..ayah dh kena pegi keje blk..and will come back home after 3 months later..takkan la saya pn nk biarkan ank2 kurang kasih syg disebabkan kerjaya saya yg selalu g kerja awal dan blk kerja lmbt.Satu hari saya cuma ada masa dlm 3 jam je ngan dia org.Oh..kesiannya anak2 ku..dan disebabkan ini la saya nekad utk resign dan menjaga sendiri anak2 saya walau pn terpaksa berjauhan dgn suami pd masa tu.

Tadaaaaa...and guess what??Syukur Alhamdulillah.Sekarang ni saya dan anak2 tak perlu lg berjauhan dgn suami since kita org berpeluang mengikut suami ke Korea Selatan (Busan) utk memenuhi tuntutan kerja beliau..Allah makbulkan doa saya utk berada dekat dgn suami....saya sukeeee...saya sukeeee...hehehe..

Dan sekarang ni..setelah diperkenalkan biz shaklee pd sy..rasa2nya sy bkn sahaja jd suri rumah yang goyang kaki je tau..tp dah naik taraf jd WAHM (Working at Home Mom) pulak..jgn x tahu..biz shaklee ni boleh jana income berganda2 tau..lg bnyk dr income sy jd engineer kopak dulu..hehe..bkn hanya duit semata2..tp sy suka kan ukwwah yang terjalin dalam group bsr shaklee yg super duper best ni..kita org boleh share semua benda..berkongsi ilmu,info kesihatan,perasaan..even keletah anak2 pn jd bhn cerita..semuanya yg positif..aura negative,tendang jauh2..Jom sertai keluarga Shaklee kami dan anda berpeluang menjana pendapatan dan bersilaturrahim bersama kami.

Hubungi Saya untuk maklumat lanjut :








Sunday, November 17, 2013

Testimonial Vivix




International user : http://www.facebook.com/notes/iffah-anuar/shaklee-vivix-testimonial-collection-international-user/10150415902471790

VIVIX....a miracle for you...





Memahami manfaat Shaklee Vivix benar-benar boleh memperbaiki kehidupan anda, dan orang yang anda sayangi untuk selamanya.

Bagi mereka yang mencari tenaga dan lebih lama, kehidupan yang lebih sihat, anda telah berada di halaman yang paling penting di blog saya ini! Saya berharap bahawa anda akan membaca post ini dengan kedua-dua rasa ingin tahu dan keraguan. 

Shaklee mengiklankan VIVIX ini penemuan tonik baru dengan tajuk: "Hidup 25 tahun lebih lama dan rasa 25 tahun lebih muda!" Tuntutan yang cukup berani bagi mana-mana syarikat yang konservatif sebagai Shaklee.

Tapi semestinya tuntutan itu berasas dan anda akan mengakuinya selepas mencubanya. =)






Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 


Berminat? Anda boleh hubungi saya di 017-334 9363 (sms/call/whatsapp) untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Anda boleh membaca testimonial tentang VIVIX kat sini. Atau mahu tahu lebih terperinci boleh rujuk FAQ di sini. Thanks !





Thursday, November 14, 2013

Kenapa nutrisi itu penting??

Mengapa Pemakanan yang betul penting?

Adakah pemakanan dan kesihatan kita berkaitan ? Adakah pemakanan sihat penting? Sudah tentu!

Ibarat sebuah kereta lumba yang mantap, badan anda memerlukan bahan bakar yang betul (makanan) dan penyelenggaraan (senaman, gaya hidup dan sikap mental) untuk mencapai potensi kesihatan sebenar. Tidak ada yang lebih penting daripada makan secara sihat !

Masukkan bahan api yang salah atau biarkan ia pergi tanpa penggunaan yang teratur dan semestinya ia tidak boleh memberikan kuasa yang penuh dan berprestasi. Tanpa pemakanan sihat , enjin badan anda akan semput, longlai dan akhirnya musnah.

MENGEKALKAN DIET SEIMBANG DENGAN MAKAN SIHAT BOLEH :


  • Memberikan anda stamina dan tenaga untuk kehidupan
  • Membantu memberikan berat badan yang sesuai untuk anda
  • Meningkatkan sistem imun anda
  • Meningkatkan prestasi sukan
  • Melambatkan kesan-kesan penuaan
  • Pastikan anda aktif dan cergas di usia tua
  • Membantu mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Melindungi gigi dan menjaga gusi yang sihat
  • Meningkatkan keupayaan anda untuk menumpukan perhatian dan mengubah mood mungkin
  • Menghindari penyakit yang serius seperti penyakit jantung, kanser tertentu , kencing manis permulaan matang usia , dan penyakit pundi hempedu

Asas Kesihatan Makan untuk Hari ini

Rendah Lemak
Mengurangkan semua lemak daripada makanan lemak dan goreng, mentega, krim , marjerin dan minyak yang dipersetujui oleh pakar pemakanan di seluruh dunia sebagai satu cara untuk membuat sihat diet moden dan mengurangkan berat badan. Mengurangkan lemak tepu khususnya adalah penting untuk jantung.

Banyakkan karbohidrat berkanji
Kita terlupa betapa pentingnya beras, pasta, kentang, roti dan bijirin adalah untuk kesihatan kita. Lupakan imej gemuk yang terhasil dari kanji sejak bertahun lalu ! Kanji juga boleh berubah menjadi kritikal sebagaimana keperluan fiber sekarang.

Fiber Tinggi
Serat yang sebahagian besarnya boleh dicerna dalam makanan kita dan sering kali cenderung untuk kita mengunyahnya, tidak dinafikan banyak khasiatnya. Ia bukan sahaja mengekalkan perut kita mencerna dengan lancar tetapi ia membantu untuk menurunkan kolesterol , mencegah batu karang dan kanser usus , dan menjaga berat badan kita di dalam keadaan ideal. Tepung dan bijirin roti penuh dengan serat , seperti beras perang , barli, kacang dan sayur-sayuran. Untuk memulakan hari anda, terdapat pelbagai pilihan bijirin penuh untuk sarapan anda.

Vitamin, mineral, dan anti-oksidan
Sayur-sayuran , buah-buahan dan bijirin membawa banyak vitamin, mineral dan pelbagai bahan-bahan semula jadi yang lain (dipanggil fitokimia ) yang saintis sahaja yang kebanyakan mengetahuinya. Fitokimia berfungsi sebagai anti -oksidan, yang melawan radikal bebas yang sebaliknya boleh merosakkan sel-sel kita, membran dan DNA. Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang makan banyak buah-buahan mempunyai kadar yang lebih rendah terhadap penyakit jantung dan kanser.

Kepelbagaian
Pelbagai tidak bermakna 10 pek bijirin yang berbeza di dalam almari anda, tetapi pelbagai jenis makanan botani yang berbeza. Pasta , roti , gandum dan sebagainya semua mempunyai rupa dan rasa yang berbeza tetapi sebenarnya berasal dari asas bijirin ( gandum) yang sama. Jadi semuanya boleh membekalkan nutrien yang sama. Menggantikan bijirin lain seperti oat , barli, jagung atau nasi akan menambah kepelbagaian kepada diet anda dan memastikan kepelbagaian nutrien. Nutrien yang anda terlepas dari satu makanan, anda boleh mendapatkannya dari yang lain.

Gula yang terkawal
Gula dalam jumlah yang sederhana untuk menambah rasa masakan dan merupakan bahan api yang berguna untuk atlet dan orang yang aktif yang lain. Bagaimanapun , gula menambah "kilojoule" yang tidak diingini dan boleh menyekat perhatian kepada makanan lain yang lebih penting - terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja. Dalam bentuk kenyal dan melekit , gula juga boleh menyebabkan kerosakan gigi (atau kerosakan gigi ).

Garam yang kurang
Pemakanan moden kita adalah sarat dengan garam. Sekiranya anda mengelakkan garam selama beberapa minggu anda akan sedar bagaimana rasa sebenar makanan tanpa garam. 75 peratus daripada jumlah pengambilan garam kita datang dari makanan komersil setiap hari ( termasuk roti , biskut , bijirin , mentega , daging dan makanan ringan ), ia adalah penting untuk membeli produk yang kurang garam atau tidak ditambah garam langsung.

Minum banyak air
Dua liter ( 8 gelas ) cecair sehari diperlukan untuk mengekalkan badan terhidrat dan buah pinggang bekerja dengan cekap. Dalam cuaca panas , cecair lebih diperlukan. Minum alkohol dan kopi yang banyak tidak dikira, kerana tindakan ini adalah diuretik dan memaksa buah pinggang untuk mengeluarkan cecair yang lebih daripada biasa.

Nikmati makanan
Tekanan, ketegangan, tergesa-gesa dan makan sambil membuat perkara-perkara yang lain ada memberi kesan terhadap penghadaman dan kesihatan anda. Cuba untuk berehat dan mengambil masa untuk benar-benar menghargai makanan di hadapan you. Bukan sahaja ia akan meningkatkan keseronokan dan kepuasan anda dengan mempunyai perut " selesa penuh" , teknik ini sering disyorkan sebagai satu strategi untuk membantu orang ramai mengurangkan berat badan.

Wednesday, November 13, 2013

Santapan Rohani : 7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.